1- Jika
terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah
walau bagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2-
Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu, pergi ke
majlis2 Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang
tidak mendatangkan faedah.
3-
Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang
betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4-
Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5-
Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan
Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6-
Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu
tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7-
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar
kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah
menyakiti hati orang.
8-
Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan.
9-
Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan
dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10-
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh
itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar